fbpx

Pengecualian cukai bonus, bantuan khas tidak jejas kutipan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan

PETALING JAYA – Pengecualian cukai ke atas bonus atau bantuan khas penjawat awam tidak menjejaskan hasil atau sasaran kutipan cukai oleh kerajaan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengecualian tersebut malah munasabah dan amat memahami kebajikan penjawat awam.

“Ceupacs menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk mengecualikan cukai ke atas pemberian bonus atau bantuan khas kewangan kepada kakitangan awam di semua negeri.

“Kebanyakan jumlah bonus diterima penjawat awam negeri termasuk Persekutuan tidak tinggi iaitu purata sekitar RM700 sehingga RM2,000 setiap seorang. Sekiranya jumlah tersebut dikecualikan daripada cukai pendapatan, ia tidak menjejaskan hasil atau sasaran kutipan cukai oleh kerajaan.

“Bahkan Cuepacs sendiri difahamkan bahawa kutipan cukai yang berjaya dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri telah berjaya melebihi sasaran ditetapkan pada 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, bonus yang diterima itu juga sebenarnya bersifat bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi memberi sedikit penghargaan serta meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penjawat awam.

“Terdapat juga kerajaan negeri yang membuat bayaran secara berperingkat mengikut fasa dan tidak berbentuk sekali gus.

“Adalah tidak wajar jika ia tetap dikenakan cukai pendapatan memandangkan nilainya yang tidak begitu tinggi dan bersifat untuk membantu warga penjawat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI