fbpx

Kilang haram kitar semula dalam kampung digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kilang kitar semula yang diserbu pihak berkuasa di sekitar Ijok, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Sebuah kilang kitar semula beroperasi tanpa lesen dan menimbulkan kacau ganggu bau di kawasan kampung sekitar Ijok di sini digempur pihak berkuasa semalam.

Operasi khas itu dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kira-kira pukul 9 pagi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, pelaksanaan operasi itu hasil maklumat awam dan risikan yang mengesyaki premis itu menyimpan serta memproses buangan terjadual seperti buangan bateri kering, tembaga serta papan litar plastik.

“Kilang itu diarah tutup serta merta dan dikenakan kompaun atas kesalahan tiada lesen aktiviti mengilang. Kita turut melakukan sitaan iaitu tiga forklift dan satu pemampat udara bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anggota penguatkuasa MPKS memeriksa kilang kitar semula yang diserbu di sekitar Ijok, Kuala Selangor

 

Mohamad Lutfi berkata, kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007 dan pemilik kilang berusia 50-an telah diarah mengemukakan pelan bangunan tersebut.

“Kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan struktur bangunan tidak mendapat kelulusan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI