fbpx

Wang RM109,000 lesap, diganti sebelum Mac – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dilarikan penjenayah baru-baru ini, dapat diagihkan sebelum sesi persekolahan bermula Mac depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akui ralat dengan insiden itu namun ia akan diganti semula dan diagihkan kepada kanak-kanak sekolah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kelulusan dan jawapan daripada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai gantian BAP itu.

“Duit yang hilang itu akan diganti semula, jangan risau. Itu hak anak-anak,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di sini, hari ini.

Katanya, guru besar yang terbabit dalam insiden itu juga akan disiasat mengikut tatatertib penjawat awam.

Fadhlina berkata, pihaknya sudah menyerahkan kepada polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi menyiasat lanjut insiden berkenaan.

“JPN Selangor sudah pun bertemu dengan guru besar berkenaan dan mereka akan umumkan hasil siasatan itu kemudian,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, wang tunai BAP berjumlah RM109,000 dikeluarkan seorang guru besar hilang selepas dilarikan penjenayah di Pekan Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu.

Malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI