fbpx

Sindiket seleweng diesel tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan ( kanan) menunjukkan gudang dan tangki digunakan sindiket seleweng diesel subsidi. FOTO SADDAM YUSOFF

KUALA LANGAT – Kegiatan penyelewengan diesel subsidi sejak dua bulan lalu dalam sebuah gudang di Kampung Sungai Jarom di sini, terbongkar selepas diserbu dalam Op Taring, baru-baru ini.

Serbuan kira-kira pukul 10.30 malam pada Isnin lalu, turut menahan empat lelaki termasuk seorang warga India berusia 20 hingga 30-an.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, ketika serbuan dilakukan didapati sekumpulan lelaki sedang memindahkan minyak diesel dari sebuah lori ke sebuah lori tangki lain di dalam gudang terbabit.

Katanya, siasatan mendapati minyak tersebut dibeli dari stesen minyak sekitar Lembah Klang dan daerah ini menggunakan lori tiga tan yang telah diubah suai tangkinya yang boleh memuatkan 6,000 liter.

“Apabila penuh, kesemua minyak diesel akan dipindahkan ke dalam tangki simpanan di gudang tersebut.

“Ia kemudiannya akan dijual semula kepada pengusaha industri dengan harga lebih murah. Aktiviti mereka ini telah aktit sejak dua bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, hari ini.

Beliau memberitahu, serbuan yang dilakukan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WCB), Perisikan dan Siasatan Khas (PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berjaya merampas sejumlah 32,400 liter minyak diesel dan 183,400 liter minyak hitam terpakai yang dianggarkan RM222,555.

Tambah Ahmad Ridhwan, turut dirampas adalah 100 buah tangki intermediate bulk containers (IBC), empat unit pam penyedut minyak empat buah lori dan menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM8.4juta.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Alam Sekitar Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 34(B) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI