fbpx

JBPM perlu pertambahan hingga 4,000 kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan ketika berucap pada Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2023 di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memerlukan pertambahan kira-kira 3,000 hingga 4,000 kakitangan bagi menampung keperluan tenaga manusia terutamanya dalam tempoh kecemasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kerajaan bagaimanapun mungkin boleh melihat sama ada pertambahan kakitangan itu dapat dilaksanakan secara berfasa.

Katanya, pihaknya bagaimanapun percaya bahawa kakitangan JBPM ketika ini masih dalam peringkat yang bersedia untuk beroperasi dengan adanya bantuan daripada Pasukan Bomba Bantuan dan Bomba Sukarela.

“Jadi kita akan membentangkan kepada kerajaan bahawa fasa ini kita bahagikan kepada tiga. Yang kritikal adalah fasa satu manakala yang keduanya adalah untuk memastikan bahawa kita beroperasi secara strategik.

“Fasa tiganya kita akan memperkukuhkan termasuk permodenan perkhidmatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM 2023 di Ibu Pejabat JBPM, di sini, hari ini.

Menerusi perutusan yang disampaikan beliau bersempena majlis tersebut, Mohammad Hamdan memaklumkan bahawa isu pemanasan global dan perubahan cuaca ekstrim merupakan antara cabaran masa kini yang cukup dinamik dan mencabar kepada JBPM.

“Isu pertumbuhan kadar urbanisasi yang progresif ditambah dengan kepesatan pembangunan teknologi termasuk reka bentuk bangunan yang lebih kompleks harus dikaji, dirancang untuk membangunkan solusi dan langkah-langkah intervensi yang boleh diaplikasikan dengan situasi yang kita hadapi di masa depan.

“Mendepani cabaran-cabaran ini, bomba perlu fokus dalam merangka dan secara asasnya melaksanakan segala program dan insiatif yang telah dirangkakan dalam Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) 2030,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, JBPM juga telah membelanjakan sejumlah RM82.62 juta untuk tujuan perolehan, kelengkapan dan kenderaan baharu tahun lepas bagi memastikan fungsi utama jabatan terutamanya dari aspek operasi kebombaan dan penyelamatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen.

“Di samping itu, sut peralatan perlindungan diri (PPE) seperti 2,569 pasang sut pemadam kebakaran, 2,018 pasang but, 1,077 unit helmet, hood dan sarung tangan, telah diperolehi dan dibekalkan kepada anggota seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI