fbpx

Jambatan Sungai Pulai letak Pontian sebagai hab sosio-ekonomi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (empat dari kanan) melakukan pelepasan kenderaan sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh (dua dari kanan) dan Datuk Hasni Mohamed (tiga dari kiri) sempena Majlis Perasmian Pembukaan Jambatan Sungai Pulai, di Iskandar Puteri hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

JISKANDAR PUTERI – Pembukaan Jambatan Sungai Pulai mampu meletakkan Pontian sebagai hab sosio-ekonomi baharu di Johor sebagai destinasi utama bagi pelabur asing.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek prasarana awam ini akan membawa peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi, meningkatkan nilai hartanah, menggalakkan pembangunan kawasan setempat termasuk industri pelancongan terutamanya eko-tourism di Tanjung Piai dan Kukup.

“Sasaran pertumbuhan ekonomi sebegini perlu diampuhkan bukan sahaja perancangan strategik yang radikal tetapi lebih penting lagi adalah antara agensi kerajaan serta pihak swasta dalam pelaksanaan sesuatu projek.

“Jambatan Sungai Pulai ini adalah satu bukti yang jelas dan nyata akan penting serta berkesannha kerjasama awam-swasta dalam pembangunan infrastruktur,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pembukaan Jambatan Sungai Pulai di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad (MMC), Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Sementara itu, Che Khalib berkata, projek pembinaan Jambatan Sungai Pulai menelan belanja RM800 juta menghubungkan Gelang Patah, Johor Bahru ke Tanjung Piai, Pontian.

Ujarnya, penyempurnaan jambatan dan jalan sepanjang 7.5 kilometer itu dilengkapi laluan dua hala dengan dua lorong selain mempunyai laluan navigasi setinggi 25 meter (m) dan lebar 100 m untuk laluan kapal dagang.

Katanya, jambatan yang merentasi Sungai Pulai yang mula itu dibina sejak November 2017 itu akan memberi laluan terus dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Tanjung Bin, Pontian.

“Masa perjalanan asal selama lebih satu jam dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Kukup, Pontian dapat dipendekkan kepada hanga 30 minit.

“Secara tidak langsung akan mempercepatkan perjalanan dan aktiviti perniagaan bagi komuniti yang tinggal di dua daerah ini sekaligus memberi kesan ekonomi yang positif di Gelang Patah dan Pontian,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI