fbpx

390 batang kayu balak haram dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kayu balak pelbagai saiz termasuk jentera yang dirampas dalam serbuan ke atas kegiatan pembalakan haram di kawasan pinggir hutan Selangau, Batu 45, Sungai Kua, Jalan Sibu-Selangau

MUKAH- Sebanyak 390 batang kayu balak pelbagai saiz dirampas daripada kegiatan pembalakan haram di kawasan pinggir hutan Selangau, Batu 45, Sungai Kua, Jalan Sibu-Selangau.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata rampasan dibuat dalam serbuan yang dijalankan oleh pasukan daripada Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu pada pukul 4.30 petang semalam, berdasarkan maklumat dan hasil risikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kayu balak itu tidak mempunyai cop dari Jabatan Hutan serta menjalankan aktiviti pembalakan tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pasukan serbuan turut merampas dua buah jentolak, tiga buah jengkaut, sebuah trak dan dua buah lori.

Katanya anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah lebih RM1.9 juta.

Pada masa sama, Muhamad Rizal berkata seorang pekerja iaitu lelaki tempatan berumur 49 tahun turut ditahan, yang didapati berada di kawasan berkenaan semasa serbuan dijalankan.

Katanya tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Wilayah Sibu untuk tindakan lanjut di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI