fbpx

Tiga anggota geng Kecik Batang Merbau ditahan curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haki (kiri) menunjukkan motosikal curi yang dirampas selepas sidang media di IPD Tanah Merah hari ini.

TANAH MERAH – Tiga anggota kumpulan Geng Kecik Batang Merbau dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri empat buah motosikal dalam tiga serbuan berasingan di Kampung Air Laka, Batang Merbau di sini minggu lalu.

Kesemua suspek yang berusia 23 hingga 29 tahun itu diberkas selepas polis menahan salah seorang daripada mereka di tepi jalan kira-kira pukul 2.30 pagi pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati, suspek pertama mengaku mencuri empat buah motosikal iaitu dua jenis Honda EX5 dan dua buah lagi Yamaha 125Z di kawasan Batang Merbau di sini selain di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, selepas soal siasat terhadap suspek, polis menjalankan serbuan sebelum menahan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu keesokan harinya.

“Polis berjaya merampas empat buah motosikal termasuk sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Kuantan baru-baru ini.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi motosikal sejak sebulan lalu. Motosikal yang dicuri dijual pada harga RM1500 hingga RM2,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Haki berkata, hasil semakam mendapati, suspek berusia 27 dan 29 tahun masing-masing mempunyai rekod lampau berkait kes dadah.

Katanya, salah seorang daripada suspek akan dihantar ke Kuantan untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.

Tambahnya, kesemua suspek masih ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir hari ini untuk siaatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI