fbpx

Pasangan kekasih edar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas daripada pasangan kekasih terbabit.

KUANTAN – Polis memberkas sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel bajet di bandar Kuantan di sini pada 13 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penangkapan dua suspek itu turut membawa kepada penemuan sebuah bilik di Panching dekat sini yang dijadikan tempat penyimpanan dadah.

“Pemeriksaan di bilik berkenaan menemukan dadah jenis ganja sebanyak 1,967.1 gram, dadah jenis syabu sebanyak 279.1 gram, dan pil yaba sebanyak 14.35 gram.

“Turut dirampas sepucuk pistol model Zoraki M 906-TD mengandungi kelopak berisi lima butir peluru dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM41,635,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan siasatan mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun yang merupakan seorang penganggur dan suspek wanita berusia 23 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.

Beliau memberitahu berdasarkan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 14 hingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI