fbpx

Mayat lelaki dikerat tujuh disahkan warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagasi berisi mayat yang dijumpai orang awam di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara, Sungai Buloh, pagi semalam.

SUNGAI BULOH – Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam keadaan dikerat tujuh dan disumbat dalam bagasi di Kilometer (KM) 447 Lebuh Raya Utara Selatan di sini semalam merupakan lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh juga mendapati punca kematian disebabkan dipukul dengan objek tumpul serta senjata tajam.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti mangsa.

“Susulan penemuan mayat itu, polis memanggil seorang saksi untuk dirakam percakapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafa’aton berkata, saksi itu merupakan individu yang menjumpai bagasi tersebut pada hari kejadian.

Semalam Kosmo! Online melaporkan polis menerima panggilan berkaitan penemuan mayat lelaki dewasa pada pukul 11.44 pagi daripada orang awam.

Siasatan awal di lokasi mendapati satu badan manusia dijumpai tanpa kaki, tangan dan kepala.

“Mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI