fbpx

Kecoh rempah ratus kandungi ‘babi’, rupanya wanita salah baca Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dakwaan wanita tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial sejak semalam, video seorang wanita mendedahkan terdapat beberapa rempah-ratus dan bahan perasa yang dijual di kedai serta pasar raya mengandungi ‘babi’.

Menerusi video TikTok berdurasi lebih seminit itu, wanita berkenaan mendakwa dia baharu sahaja menyedari perkara tersebut selepas membaca label tertulis di produk terbabit.

Disamping itu, dia turut mengingatkan orang ramai terutama pengguna beragama Islam supaya berhati-hati sebelum membuat pembelian produk rempah-ratus atau bahan perasa yang berada di pasaran.

“Kebanyakannya seasoning (bahan perasa) yang ada ingredient pork (kandungan bahan babi) ini tulisannya oren.

“Nasiblah mak (saya) ini jenis baca ingredients (bahan-bahan),” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak dijadikan panduan, malah dibalas dengan kecaman netizen yang menyifatkan kefahaman wanita itu jauh tersimpang.

“Itu pentingnya English Education (Pembelajaran Bahasa Inggeri)!,” antara respons yang ditinggalkan pengguna media sosial.

Difahamkan, tulisan ‘pork’ pada label produk berkenaan merujuk kepada jenis pilihan daging yang sesuai digunakan bahan tersebut sebagai perasa tambahan dan bukannya mengandungi ‘babi’ dalam kandungannya seperti didakwa wanita itu.

“Dia punya keyakinan itu memang tahap tinggi, rupanya makan diri. Balik belajar dulu maksud Bahasa Inggeris.

“Dia tulis ‘Use on’ (guna pada) ayam, daging, babi, ikan dan bukannya mengandungi babi dalam rempah ratus itu, cuba baca pada ingredients (bahan-bahan) bawah itu, tak ada tulis pun terdapat babi,” terang seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI