fbpx

Piala Dunia: Penantian berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
skuad negara mencatat kemenangan selepas membenam Chile 3-2 semalam.

MALAYSIA menamatkan penantian 21 tahun untuk melakar kemenangan pertama di pentas Piala Dunia selepas bangkit menumbangkan Chile 3-2 pada edisi 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda semalam.

Kali terakhir Malaysian Tigers mencatat kemenangan sewaktu menewaskan Cuba 4-2 dalam aksi peringkat kumpulan pada edisi Piala Dunia 2002 di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah apabila Malaysia terpaksa bangkit tiga kali untuk memenangi perlawanan bagi meletakkan sebelah kaki ke pusingan seterusnya.

Tiga gol skuad bimbingan A. Arul Selvaraj dalam aksi itu dijaringkan oleh Muhammad Razie Rahim (m-26), Ashran Hamsani (m-41) dan Norsyafiq Sumantri pada minit ke-42.

Chile yang dibatalkan jaringan ketiga pada suku keempat, terpaksa akur tewas dalam aksi itu apabila sekadar meledak dua gol menerusi Juan Amoroso dan Martin Rodriguez pada minit ke-20 serta 29.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI