fbpx

Imigresen cari Norman Benjamin bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu mengesan seorang lelaki tempatan bagi tujuan membantu siasatan dalam kes tangkapan warga asing.

JIM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Norman Benjamin Wong, 30, beralamat terakhir di Daycocoon Hotel, N0. 69 & 71, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki itu dikehendaki bagi membantu siasatan susulan penahanan warga asing di pusat perjudian mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Annur Aidil Mohamed, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

“Annur Aidil boleh dihubungi di talian 03-88801325 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI