fbpx

Covid-19: Kes baharu mingguan menurun, kematian catat peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi 2 (ME 2/2023) dari 8 hingga 14 Januari terus mencatatkan penurunan kepada 21.9 peratus atau 2,525 kes berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan Covid-19 menurun sebanyak 22.3 peratus iaitu 2,497 kes berbanding 3,213 kes.

Katanya, bilangan kes import pada ME 2 pula meningkat sebanyak 55.6 peratus dengan merekodkan 28 kes berbanding 18 kes.

“Bilangan kes kematian pada ME 2/2023 meningkat sebanyak 61.9 peratus daripada 21 kes kepada 34 kes dan bilangan kes sembuh pula berkurangan kepada 3,288 kes berbanding 3,781 kes pada ME 1.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 2 ialah 10,901 turun sebanyak 3.3 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 11,278 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, secara kumulatif, bermula dari 25 Januari 2020 iaitu ME 4/2020 hingga 14 Januari 2023 (ME 2/2023), sebanyak 5,032,433 kes baharu Covid-19 dicatatkan, manakala kes sembuh direkodkan ialah 4,985,263 kes.

Jelas beliau, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,908 kes dan kumulatif kluster ialah 7,167 kluster dengan lima kluster masih aktif.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan menurun sebanyak 27.1 peratus pada ME 2 berbanding ME 1.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua menurun sebanyak 36.4 peratus manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun sebanyak 41.7 peratus,” ujarnya.

Tambah Noor Hisham, bagi perkembangan melibatkan Influenza Like Illnes (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection (SARI), sebanyak 27 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 3.4 peratus manakala sebanyak 1.7 peratus SARI dikesan positif Covid-19 pada minggu sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI