fbpx

Kita wanita teragung, hebat, kuat – Nora Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH

KETIKA ramai membahaskan isu rumah tangga, Nora Danish turut tidak ketinggalan menyampaikan pandangannya terutama mengenai kekuatan kaum wanita.

Bagi Nora, wanita yang teraniaya perlu terus bergerak maju ke hadapan dan kuat menghadapi sebarang dugaan.

“Rasa-rasanya sudah boleh buang kenyataan ‘bini lawa pun cari lain’. Semua ada kecantikan tersendiri dan perkara itu tidak menjamin apa-apa pun sebenarnya.

“Jika nak melawa boleh tetapi untuk kepuasan dan keyakinan sendiri, jangan disebabkan orang lain.

“Sebab nanti bila ditinggalkan rasa kecewa dan jadi riak sehingga mengejek ciptaan Allah yang lain,” kongsinya.

Dalam dan penuh bermakna perkongsian Nora. Mungkin dia berharap setiap wanita tidak mudah mengalah apabila dilanda sebarang dugaan.

Bagus Nora! Harap dia akan kerap muat naik kenyataan berunsur nasihat dan semangat sebegini ya.

DIVA: Cemburu lihat kecantikan Nora walaupun usia sudah mencecah 40-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI