fbpx

Harimau bintang terlepas dari zoo, netizen kaitkan dengan filem Madagascar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Media sosial penuh dengan nasihat 'bermanfaat' untuk penjaga zoo itu. - Shakfat Anowar

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di Dallas, negeri Texas, bahkan di laman Twitter, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Harimau bintang yang dinamakan Nova itu mengejutkan penjaganya apabila ia didapati hilang dari kandang kelmarin.

Zoo Dallas pada awalnya mengumumkan penutupan pada hari tersebut ‘kerana situasi yang serius’.

Pengguna di Twitter kemudian saling berkongsi cara-cara terbaik untuk menangkap haiwan buas tersebut.

“Saya tidak mengatakan bahawa saya lebih bertanggungjawab daripada Zoo Dallas, tetapi saya tidak pernah kehilangan seekor harimau bintang,” kata seorang netizen.

Selain itu, pengguna bernama Jomi Adeniran turut berkongsikan gambar watak penguin licik dari film animasi terkenal, Madagascar yang mengetuai beberapa haiwan zoo untuk melarikan diri.

“Hanya ada satu pasukan yang saya tahu boleh membawa harimau bintang itu keluar dari Zoo Dallas tanpa dikesan,” ciapnya sambil merujuk kepada watak kawanan penguin dalam filem tersebut.

Nova akhirnya dikesan selepas usaha mencari haiwan seberat 9 hingga 11 kilogram (kg) itu ditumpukan di bahagian atas pokok. 

“Kami sangat teruja untuk melaporkan bahawa kami menemui harimau bintang Nova di kawasan zoo kira-kira pukul 4:40 petang (waktu tempatan).

“Ia berada sangat dekat dengan habitat asal dan pasukan kami dapat menangkapnya dengan selamat sebelum pukul 5:15 petang (waktu tempatan),” demikian menurut kenyataan Zoo Dallas. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI