fbpx

Caprice nasihat, henti berbalah dalam media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice

SEJAK kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan kisah pergolakan rumah tangga.

Bukan sahaja golongan selebriti tetapi termasuk juga masyarakat luar yang berkongsi hal sama kepada umum. Diva pun terkejut apabila ramai yang sedang bergelut dalam rumah tangga mereka.

Perkara itu mendapat perhatian Caprice yang berkemungkinan ada ramai muncul membuat ‘aduan’ kepadanya.

Tidak mahu mencetuskan sebarang persengketaan, dia menasihatkan pasangan suami isteri tidak berkongsi perbalahan dalam media sosial.

“Minta maaf sebab saya rasa trend sebegini perlu berhenti.

“Tidak perlu buat siaran langsung tunjuk pergaduhan atau perbualan kerana lebih baik selesaikan dalam rumah.

“Lebih baik cari kaunselor yang pakar dalam hal rumah tangga, saya doakan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Berguna juga apa yang dia nasihatkan. Iyalah, seperti perlumbaan pula apabila ramai pasangan suami isteri bergaduh dalam media sosial. Naik bosan juga nak hadap drama yang tidak berkesudahan.

DIVA: Ustazah Asma’ Harun dedah ramai artis wanita datang kepadanya minta nasihat sebab rumah tangga bermasalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI