fbpx

Taliban larang wanita dapatkan rawatan doktor lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Pemerintah Taliban melarang golongan wanita menemui doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan di Afghanistan. - Foto AFP

KABUL – Pemerintah Taliban melarang wanita bekerja di pusat beli-belah atau pergi berjumpa doktor lelaki untuk mendapat rawatan, manakala semua salun kecantikan diarah tutup dalam masa 10 hari akan datang, lapor portal berita Wion News yang memetik laporan APA kelmarin.

Shabnam Nasimi yang merupakan bekas penasihat dasar kepada Menteri Penempatan Semula Afghanistan dan Menteri Pelarian pada Selasa lalu mengecam arahan terbaru Taliban ke atas wanita Afghanistan menerusi laman Twitter.

“Pemerintah Taliban dilaporkan telah mengarahkan semua salun kecantikan wanita di beberapa wilayah di Afghanistan untuk menutup perniagaan mereka.

“Mereka (Taliban) juga menghantar surat kepada tuan tanah dan memberitahu untuk tidak memberikan sewa kepada wanita. Sekali lagi sifat memalukan mengenai Taliban terhadap wanita berterusan,” ciap Nasimi.

Wanita juga dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti olahraga selepas Taliban melawat beberapa gadis yang sedang bersukan dan menggesa mereka untuk tidak melakukan aktiviti itu.

Menurut laporan media, banyak wilayah yang dikuasai Taliban di negara itu turut melarang wanita menemui doktor lelaki untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Sejak Taliban berkuasa di Afghanistan lebih setahun lalu, kehidupan dan ekonomi di negara Asia Selatan tersebut nampaknya semakin terjejas.

Kehidupan gadis serta wanita dewasa juga telah mengalami kemerosotan bermula daripada pelaksanaan pelbagai sekatan ke atas mereka.

Antara sekatan itu ialah Taliban melarang pelajar perempuan daripada pergi ke sekolah dan kolej, tidak keluar rumah tanpa mahram lelaki serta melarang mereka bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI