fbpx

Kebakaran Jakel: Bomba ambil sampel setiap tingkat, bilik simpanan langsir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing K9, Sam, sedang melakukan pengesanan di tingkat satu bangunan Wisma Jakel, Seksyen 7 Shah Alam, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor mengambil sampel di semua tingkat termasuk bilik simpanan langsir yang musnah dalam kebakaran awal bulan ini bagi tujuan analisis bagi  menentukan punca kejadian.

Pengarahnya, Datuk Norazam Khamis berkata, proses menganalisis bukti dan dokumen daripada pihak Jakel turut dilakukan di makmal dengan penyediaan laporan dijangka siap pada hujung bulan ini.

Katanya, tapak bangunan itu telah diserahkan semula kepada Jakel setelah lokasi itu didapati selamat dan proses siasatan diselesaikan, baru-baru ini.

Hamdan ( tiga kiri) dan Norazam (tiga kanan), bersama bomba ‘Sado’ selepas merasmikan laman kecergasan di Ibu Pejabat Bomba Selangor, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan sama ada berlaku pengubahsuaian dan tambahan struktur bangunan tanpa kelulusan, Norazam berkata, beliau akan menyemak dan mendapatkan maklumat daripada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Bagi Wisma Jakel tiada sebab kita pun tidak menerima pelan perubahan bangunan. Tambahan, semua blok perniagaan (bangunan tersebut) mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF),” katanya selepas majlis penganugerahan pingat kepada pegawai dan anggota bomba Selangor, hari ini. Majlis itu disempurnakan Ketua Pengarah JBPM, Tan Sri Hamdan Wahid.

Seramai 83 pegawai dan anggota menerima pingat kecemerlangan pada 2020.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bangunan itu selamat untuk digunakan semula ekoran beban kebakaran itu adalah sekejap dan hanya melibatkan fabrik.

“Struktur bangunan okay tetapi kena cari orang untuk mengukur ketahanan itu dan wisma (Jakel) itu tiada masalah,” tegasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua kebakaran berlaku selang sehari melibatkan Wisma Jakel setinggi tiga tingkat dan bilik simpanan langsirnya di Seksyen 7 di sini, sehingga mengakibatkan kerugian ratusan jutaan ringgit.

Perbuatan membakar dan sisa bara api antara fokus utama siasatan bomba berhubung kebakaran itu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI