fbpx

12 lorong RFID akan dibina April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 lorong RFID bakal ditambah.

PETALING JAYA – Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April ini bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya telah memanggil wakil dari Kumpulan Touch ‘n Go Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia pagi ini bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai isu RFID.

“Berdasarkan rungutan yang banyak diterima, rata-rata pengguna transaksi ini mengeluh mengenai kekurangan laluan transaksi RFID yang menyebabkan kesesakan teruk di plaza tol.

“Isu keselamatan juga turut dibangkitkan di mana pengguna jalan raya mempersoalkan kedudukan laluan RFID di plaza tol yang berubah-ubah yang telah menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Alexander bertemu dengan wakil dari Kumpulan Touch ‘n Go Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia pagi tadi.

Katanya, dalam perjumpaan itu pihaknya telah mengarahkan tindakan diambil secepat mungkin yang menjurus kepada penyelesaian masalah di samping memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

“Kesepakatan sudah dicapai dan pihak PLUS Expressway Berhad sudah bersetuju untuk menambah lorong RFID demi keselesaan pengguna.

“Perincian lokasi lorong yang akan ditambah dan lain-lain perkara berkaitan akan turut diumumkan hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI