fbpx

Dua ejen insurans maut kereta rempuh lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nahas di persimpangan AMJ Serkam, Jasin, Melaka awal pagi tadi yang meragut nyawa Badrul Shyam dan rakannya, Ezham, awal pagi tadi.

JASIN – Dua rakan maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori tangki sebelum terbalik di persimpangan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Serkam di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Badrul Shyam Noor Ibrahim, 31, yang memandu dan rakannya Ezham Hazim Ahyat, 33, meninggal dunia di lokasi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari Melaka ke Muar.

“Hasil siasatan, tanker terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Serkam menghala ke Jasin dan meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

“Semasa melepasi persimpangan empat di lampu isyarat tersebit, tiba-tiba kereta dipandu mangsa melanggar bahagian sisi sebelah kiri lori tangki tersebut dan terbalik di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai ejen insurans mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang masing-masing beralamat di Taman Kota Masai dan Taman Daya, Johor telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI