fbpx

637 bisnes PKS dibimbing Dr. Azizan sepanjang 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. AZIZAN akan membantu PKS di Indonesia untuk berkembang meskipun banyak cabaran pada tahun ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 637 bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara dibimbing secara langsung mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sepanjang tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., bimbingan secara dekat tersebut disediakan di bawah pementoran Titanium mengambil masa sekitar 424 jam.

Katanya, walaupun beliau kini terlibat dalam dunia korporat sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah ManagePay Systems Bhd (MPay) , Dr. Azizan tetap berikan tumpuan kepada anak didiknya.

“Dr. Azizan mempunyai jadual padat dengan pembelajaran di luar negara, tapi serius untuk membangunkan anak bangsa untuk berjaya.

“Ia merupakan ‘minat’ beliau untuk melihat transformasi dan metamorfosis seseorang usahawan ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, mustahil untuk seseorang itu konsisten melakukan apa yang dilakukannya tanpa minat yang tinggi.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, Dr. Azizan bukan saja akan menumpukan usahawan di negara malah di Indonesia.

“Beliau akan membantu PKS di sana untuk bertahan bahkan berkembang meskipun dikatakan banyak cabaran pada tahun ini.

“Bagi pembukaan tahun ini juga, inisiatif beliau dan RichWorks untuk ubah hidup orang ramai khususnya usahawan melalui program Nak Ubah Hidup (NUH 2023),” jelasnya.

Radz berkata, NUH ini terbuka dengan tiket am percuma kepada semua terutama usahawan yang serius nak berubah dan maju lagi.

“Alhamdulillah, kita sudah mendapat sekitar 13,000 pendaftaran dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bahkan negara jiran, Singapura,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web nakubahhidup.com sekarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI