fbpx

Suami isteri bom tukang masak, disambung reman 7 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri disambung reman selama 7 hari kerana disyaki terbabit dalam kejadian letupan sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, 29 Disember lalu.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang pembantu tukang masak warga tempatan berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Ampang Jaya, 29 Disember lalu, disambung reman sehingga Selasa minggu hadapan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya membuat permohonan reman kali kedua berkenaan pada hari ini sekitar pukul 11 pagi.

“Suami berusia 33 tahun dan isterinya, 30, disambung reman buat kali kedua bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Tempoh reman adalah selama tujuh hari, bermula hari ini sehingga 17 Januari ini,” jelasnya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Sanisvara Nethaji Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.

Sebelum ini, hasil siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada masalah peribadi namun, siasatan lanjut masih berjalan bagi mengesahkan motif sebenar kejadian.

Dalam pada itu, suspek lelaki itu bekerja sebagai kontraktor manakala isteri seorang suri rumah berasal dari tempat yang sama dengan mangsa.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pembantu tukang masak maut akibat mengalami cedera parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta miliknya meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, di sini, pada 29 Disember lalu.

Menurut Farouk, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 8.55 malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI