fbpx

Cadang tubuh pasukan pemantau khas di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mencadangkan penubuhan pasukan pemantauan khas pelbagai agensi diketuai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berkala di lapangan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penubuhan pasukan itu dijangka dapat memastikan sebarang projek yang tertakluk kepada keperluan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) mendapat kelulusan laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Selain itu katanya, ia juga memerlukan penilaian bahaya dan risiko tanah runtuh oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebelum pelaksanaan oleh agensi-agensi berkenaan.

“Untuk makluman, siasatan JAS terhadap projek-projek pembangunan di kawasan Cameron Highlands mendapati terdapat 16 projek yang tertakluk kepada Perintah EIA 2015 dan telah mendapat kelulusan.

“Projek-projek ini kini dalam pemantauan berkala JAS iaitu sepuluh projek belum mula, satu telah beroperasi dan masih ada kerja pembinaan serta lima lagi dalam pelaksanaan kerja tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kementerian segera bertindak melaksanakan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berhubung isu pembangunan di cerun Cameron Highland.

Sehubungan itu, katanya, JAS telah mengambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 iaitu mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 untuk memberhentikan kerja-kerja di tapak sehingga kelulusan Laporan EIA diperoleh.

Selain itu, pemaju juga telah diarahkan untuk melaksanakan langkah-langkah remedi mengelakkan banjir lumpur dengan kertas siasatan bagi kes itu juga sedang disiapkan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI