fbpx

Jawatankuasa Khas perlu dibentuk tentukan Kerajaan Perpaduan -Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafie Apdal

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) menggesa kerajaan negeri agar segera menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia selaras dengan perbincangan di dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

“Selepas perjumpaan dengan Perdana Menteri dan Ketua-Ketua parti, saya bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Warisan menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negeri Sabah.

“Kami juga menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU Belakalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 hari ini.

“Hal ini kerana kedua-dua RUU berkenaan adalah seleras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagaimanapun, ketidakhadiran kami ke sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini, ialah atas sebab perlunya penubuhan secepat mungkin Jawatankuasa Khas untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka kunjungannya ke Sabah malam tadi memaklumkan beliau serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal mencari formula terbaik dalam menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

Anwar mengadakan pertemuan tertutup selama hampir sejam bersama tiga pemimpin utama parti politik iaitu Presiden Parti Warisan , Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI