fbpx

Saya sudah serahkan SD kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah semalam – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji (tujuh dari kanan) bersama beberapa pemimpin Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri, Seri Gaya hari ini. -Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan beliau sudah menyerahkan surat akuan bersumpah kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin petang semalam.

Hajiji berkata, secara keseluruhannya beliau sudah memperoleh sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

“Untuk makluman semua, kita mempunyai sokongan majoriti daripada 44 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Hal ini bermakna krrajaan di bawah pimpinan saya ketika ini masih lagi utuh, kuat dan bakal terus mentadbir Sabah.

“Sokongan yang boleh saya nyatakan di sini termasuk Pakatan Harapan (PH), UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ADUN-ADUN Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri, Seri Gaya di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut menegaskan sekali lagi pihaknya akan membuat rombakan Kabinet negeri dalam masa terdekat.

Sementara itu, Hajiji menyatakan bahawa pihak yang kurang berpuas hati dengan keabsahan dan sokongan ADUN terhadap dirinya boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

Terdahulu, Hajiji hadir ke Istana Seri Kinabalu pada pukul 4.20 petang semalam untuk bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah, namun tidak diketahui tujuan sebenar pertemuan terbabit.

Selepas hampir satu jam mengadakan pertemuan, kenderaan membawa Hajiji dilihat keluar meninggalkan perkarangan istana pada pukul 5.13 petang.

Bagaimanapun, usaha pengamal media mendapatkan Hajiji gagal. Beliau hanya melambai dan tersenyum ketika menurunkan tingkap di bahagian penumpang belakang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI