fbpx

Ira Kazar, Syamsul Yusof ‘trending’ di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul dan Ira sah bergelar suami isteri.

PETALING JAYA – Selepas pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof membuat pengakuan mengenai pernikahannya dengan Ira Kazar semalam, kisah mereka menjadi antara topik terhangat di media sosial sehingga sohor kini di Twitter.

Tinjauan Kosmo! di Twitter mendapati, nama Ira Kazar menduduki carta pertama senarai ‘trending’ dan diikuti Syamsul Yusof di tangga kedua.

Masing-masing meraih lebih 25,000 ciapan semula dalam tempoh kurang 24 jam.

Terdahulu, Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira berwalikan bapa wanita itu, Kazar Saisi menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Berita tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk yang mengecam dan ada juga pengguna mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI