fbpx

GRS tolak dakwaan kedudukan Hajiji tiada locus standi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak dakwaan UMNO Sabah tentang kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor yang dikatakan tidak lagi mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk terus menjadi Ketua Menteri selepas keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan kelayakan Hajiji sebagai Ketua Menteri adalah tidak terjejas.

“Ia memandangkan beliau bersama semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu adalah ahli langsung GRS.

“Majoriti jumlah ADUN lebih daripada cukup dan ia (GRS) adalah parti politik terbesar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Oleh itu, tiada merit kepada dakwaan Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Datuk Seri Hajiji Noor tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya dalam kenyataan media malam tadi.

Kenyataan berkenaan adalah bagi menjawab dakwaan Bung Moktar tentang kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri yang dikatakan sudah tidak lagi sah.

Mengulas lanjut, Masidi menyatakan dakwaan itu dilihat cuba menimbulkan keraguan mahupun kekeliruan terhadap Hajiji selaku Ketua Menteri.

Katanya, Bung Moktar hanya merujuk Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah mengenai kepercayaan majoriti seorang ketua parti politik yang juga seorang ADUN.

“Perkara 6(7) itu merujuk kepada keadaan apabila parti politik memenangi majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), pemimpin parti itu dianggap menguasai majoriti.

“Namun beliau sebaliknya berkata jika tiada parti menguasai majoriti atau lebih 50 peratus kerusi dalam DUN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah akan memilih seorang ahli,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI