fbpx

Waspada sindiket tawar kerja, dakwa guna maklumat daripada SPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima aduan berhubung agensi menawarkan pekerjaan menerusi WhatsApp yang membuat hantaran mesej kepada mangsa mendakwa mendapat nombor telefon daripada SPA.

Menerusi kenyaan SPA, pihak tersebut juga tidak menolak kemungkinan wujud platform media sosial lain yang digunakan bagi menjalankan aktiviti sama.

“Sehubungan itu, SPA menafikan telah memberi maklumat calon kepada pihak tertentu yang menawarkan pekerjaan.

“Malah, SPA juga tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menawarkan pekerjaan bagi pihak SPA,” katanya hari ini.

Ujarnya lagi, SPA mengingatkan serta menasihatkan orang awam agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penipuan seperti itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI