fbpx

KPWKM pandang serius kes bunuh budak OKU di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu dan kekasih ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak OKU di Bau baru-baru ini. Gambar fail

PUTRAJAYA- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes pembunuhan membabitkan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) di Bau, Sarawak, baru-baru ini.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau mengarahkan kementerian menyantuni keluarga mangsa selain mengambil langkah bersesuaian untuk pemeliharaan dan perlindungan berdasarkan Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001.

“Saya memandang serius berhubung kes pembunuhan kanak-kanak OKU berusia enam tahun di Bau dan dimaklumkan polis juga sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui kes dera boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau WhatsApp 019-2615999 atau berkunjung ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) terdekat bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang kanak-kanak perempuan OKU maut dipercayai akibat dipukul teman lelaki ibunya dalam kejadian pada pertengahan bulan lepas.

Mangsa berusia enam tahun dipercayai dipukul suspek berusia 35 tahun pada 15 dan 17 Disember lalu. Keadaan itu menyebabkan ibu mangsa dan anak perempuannya tidak lagi berani pulang ke rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI