fbpx

13 setiausaha politik menteri Kabinet angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali (kanan) menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia yang melibatkan seramai 13 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet pagi tadi.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia yang melibatkan seramai 13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet di pejabatnya di sini, pagi tadi.

Upacara angkat sumpah itu didahului Azman Abidin yang merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

“Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Jamal Norubit @ Nerubi (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafi (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Ekonomi) dan Datuk Mohammad Khairi A. Malik (Kementerian Pengajian Tinggi).

“Juga mengangkat sumpah pagi tadi ialah Suhaizan Kaiat (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd. Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Carl Douglas Victor Moosom (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Majlis angkat sumpah itu turut melibatkan Atiqah Syairah Shaharuddin (Kementerian Pendidikan), Dr. Muhammad Razak Idris (Hal Ehwal Agama), Ravindran Vengadasamy (Kementerian Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Kementerian Kesihatan), dan Mohammad Ghazali Hajiji (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

Pada minggu lalu, seramai 10 setiausaha politik turut mengangkat sumpah antaranya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Ir. Irwan Zulkarnain Hasbie, Mikai Mandau, Chiong Yoke Kong, Ambrose Abong Bugek, Johari Kassim, Ooi Tze Min, Mohammed Kamaluddin Effendie, Lee Seang Hock dan Abdullah Izhar Yusof.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI