fbpx

Inspektor mengaku tidak bersalah rogol, amang seksual remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada 28 Disember lalu.

Tertuduh, Mohd. Maliki Azmi, 35, turut membuat pengakuan sama ke atas tiga lagi pertuduhan melakukan amang seksual ke atas remaja terbabit di bawah Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mohd. Maliki yang merupakan pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM25,000 bagi semua pertuduhan selain syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kes sebutan semula ditetapkan pada 6 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI