fbpx

Saya reda berdepan sebarang bentuk hukuman – jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Hadee

MELAKA – “Saya sedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan kepada saya dan berharap perkara ini jadi pengajaran pada diri saya sendiri,” ujar jurulatih Saiful Hadee Amar, 44.

Jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka B-14 menjadi tumpuan apabila tular sebuah video dia menampar dua pemainnya sewaktu Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

Dia yang juga seorang guru sekolah rendah di Alor Gajah hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kelakuannya sewaktu pasukannya menentang Johor di peringkat separuh akhir.

Katanya, dia tidak berniat untuk mengambil tindakan tersebut sehingga sehingga boleh mendatangkan kecederaan kerana apa yang dilakukan itu sekadar untuk menaikkan lagi semangat pemainnya yang pertama kali layak ke separuh akhir.

“Saya mengakui kesal dengan tindakan yang diambil dan terbuka untuk menerima apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak berhubung perbuatan saya.

“Saya tidak berniat untuk menggunakan sebarang kekerasan dalam melatih semua pemain memandangkan sudah melatih mereka sejak di bangku sekolah rendah dan menganggap sebagai keluarga.

“Saya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku, latihan dilakukan ada pelbagai jenis antaranya pendekatan psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain serta menaikkan semangat sebagai pemain yang berjuang bagi mencari setiap kemenangan,” ujarnya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan insiden tersebut bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP. Shanmugam di Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) di Krubong di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow serta ibu bapa kedua-dua pemain yang terlibat pada 16 Disember lalu.

Mengulas lanjut Saiful Hadee berkata, dia dengan lapang dada memohon maaf bukan sahaja kepada pemain serta ibu bapa, sebaliknya seluruh komuniti bola tampar yang ada di negara ini.

Jelasnya, dia turut memohon maaf kepada semua pemain terlibat terutama sekali dua pemain yang ditamparnya, ibu bapa, MAVA, Persatuan Bola Tampar Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI