fbpx

Leclerc bimbang ancaman Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC menjangkakan bahawa dia akan kembali menerima tentangan sengit daripada Mercedes yang melalui prestasi suram musim lalu. – AFP

LONDON – Pelumba utama Ferrari, Charles Leclerc menjangkakan pasukan Mercedes akan kembali menjadi pencabar pada saingan Formula Satu (F1) musim 2023 yang akan membuka tirai rasmi pada Mac depan.

Sebagai rekod, Mercedes mengharungi musim terburuk pada edisi 2022 selepas menamatkan saingan bagi kategori pengeluar di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang musuh tradisi, Ferrari dan juara, Red Bull.

Namun, Mercedes masih berjaya menjuarai satu perlumbaan Grand Prix (GP) menerusi pemanduan hebat yang ditampilkan oleh George Russell untuk menang pada GP Sao Paulo di Brazil.

Menurut Leclerc, pasukan lawan yang telah bergelar juara dunia bagi kategori pengeluar sebanyak lapan kali sebelum ini memiliki peluang cerah untuk bangkit semula sekiranya dapat membina jentera yang berkualiti nanti.

“Saya rasa saingan pada musim 2023 nanti akan melibatkan perebutan tiga penjuru termasuk Mercedes. Anda boleh lihat bagaimana mereka bangkit daripada keputusan mengecewakan daripada awal musim sehingga ke menamatkan kempen dengan begitu kuat.

“Pegawai di belakang tabir khususnya barisan teknikal sudah mengenal pasti kelemahan yang ada dan saya tidak terkejut jika mereka mampu bangkit mencapai prestasi seperti yang pernah dipamerkan pada sebelum ini.

“Secara peribadi, semua orang mengharapkan lebih banyak saingan kompetitif dapat diberikan dan tidak hanya tertumpu kepada dua pasukan semata-mata.

“Ini adalah masa untuk pelumba membuktikan siapa yang lebih berbakat di atas litar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI