fbpx

Kakak kandung dera adik sampai mati dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU – Kakak kandung kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut didera di Senggarang, Batu Pahat minggu lalu antara tiga suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh ketiga-tiga suspek berkenaan.

“Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak empat tahun yang didera sehingga maut di Senggarang, Batu Pahat minggu lalu akan dituduh esok.

“Dua lagi suspek yang turut dihadapkan ke mahkamah akan menjadi saksi pendakwaan,” katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di sini hari ini.

Sabtu lalu, Mahkamah Majistret Batu Pahat melanjutkan tempoh perintah reman lima suspek kes dera kanak-kanak empat tahun di Senggarang, bermula Ahad sehingga Sabtu ini.

Majistret Zubaidah Mahat membenarkan permohonan sambungan reman oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd. Shafiq Mohd. Salleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat terhadap suspek termasuk pasangan suami isteri.

Semua suspek yang direman itu berusia antara 15 hingga 37 tahun.

Kosmo! 27 Disember tahun lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang.

Kamarul Zaman dilaporkan mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul.

Pada awalnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI