fbpx

Elon Musk hilang RM881 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk kini tidak lagi bergelar manusia terkaya di dunia. – AFP

WASHINGTON – Bilionair sensasi, Elon Musk muncul manusia pertama dalam sejarah yang mencatat kerugian AS$200 bilion (RM881 bilion)  sekali gus memadamkan kedudukan beliau sebagai orang paling kaya di dunia, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut Indeks Bilionair Bloomberg,  Musk yang mencatat nilai kekayaan tertinggi  AS$340 bilion (RM1.5 trilion) pada November 2021, menyaksikan hartanya susut  kepada AS$137 bilion (RM603 bilion) apabila saham syarikat miliknya, Tesla, menjunam 65 peratus sejak setahun lalu.

Beliau  yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter,  merupakan manusia kedua memiliki kekayaan melebihi AS$200 bilion (RM881 bilion)  pada 2021 selepas pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos.

Menurut laporan, 2022 menjadi tahun terburuk bagi syarikat pengeluar kenderaan elektrik tersebut.

Penurunan itu termasuk kejatuhan nilai 11  saham Tesla sebanyak 11 peratus pada Selasa lalu selepas akhbar Wall Street Journal melaporkan syarikat tersebut terpaksa menghentikan sementara pengeluarannya di kilang di Shanghai berikutan lonjakan kes Covid-19 di China.

Dalam satu memo yang dihantar kepada pekerja Rabu minggu lalu, Musk berterima kasih kepada kakitangan Tesla atas kerja keras mereka sepanjang tahun dan dalam masa sama,  mengakui prestasi saham syarikat yang suram.

“Jangan terlalu ambil kisah dengan kegilaan pasaran saham. Selagi kita menunjukkan prestasi cemerlang, pasaran akan bertindak balas dengan baik,” katanya dalam memo tersebut.

Musk hilang kedudukannya sebagai manusia terkaya di dunia awal Disember lalu dengan ‘takhta’ tersebut dirampas oleh Pengerusi dan CEO LVMH, Bernard Arnault.

Kerugian besar Musk itu menunjukkan bagaimana beliau dan Tesla berkembang ketika pandemik.

Meskipun hanya memiliki sebahagian kecil perkongsian pasaran dalam sektor kenderaan elektrik, Tesla dinilai pada harga melebihi AS$1 trilion (RM4.4 trilion) menjelang Oktober 2021.

Ia menjadikan syarikat itu setaraf  gergasi  teknologi lain seperti Apple, Amazon serta Alphabet yang merupakan syarikat induk enjin carian internet, Google, demikian menurut  Bloomberg.

Namun, ketika para pesaing mula mengejar dan mencabar penguasaan Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik, perhatian Musk terarah kepada usaha terbaharunya sebagai pemilik dan CEO laman media sosial Twitter.

Berdasarkan indeks kekayaan Bloomberg, Musk terpaksa menjual sebahagian besar saham Tesla tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak AS$44 bilion (RM193 bilion).

Beliau juga melaksanakan beberapa langkah besar bagi mengurangkan kos operasi syarikat itu termasuk dengan memecat 75 peratus daripada 7,500 kakitangan serta menutup pejabat-pejabat di Seattle kerana enggan membayar sewa. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI