fbpx

Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu memfitnahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang telah memfitnahnya berkaitan isu penjualan Menara Kuala Lumpur sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Annuar berkata, tindakan tersebut diambil kerana kenyataan terbabit telah menjejaskan imej, reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk dirinya.

“Setelah merujuk perkara tersebut serta meneliti secara mendalam bersama peguam, saya tiada pilihan melainkan mengarahkan peguam mengambil tindakan menurut jalur undang-undang terhadap tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K. Pragalath Kumar dan Mohd. Razlan Rafii.

“Ada juga yang membuat posting tanpa mengemukakan identiti sebenar mereka dan pihak saya akan cuba untuk mengenal pasti mereka,” katanya.

Tambah Annuar, beliau juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk memulakan tindakan yang sesuai dan bertepatan dengan undang-undang sedia ada.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak tercetus polimik berhubung Menara KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh Telekom Malaysia (TM), telah tersiar pelbagai kenyataan yang mengelirukan.

“Setiap perkara berbangkit, terutama yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara perlulah disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib.

“Semua pihak perlu memberikan kerjasama serta tidak mengganggu penyiasatan dengan menyebarkan fitnah dan berita palsu,”ujarnya.

Terdahulu, tular di beberapa blog tempatan tentang dakwaan terdapatnya skandal berhubung penjualan hak mengurus Menara KL secara senyap-senyap oleh TM kepada syarikat misteri yang dikatakan bermasalah iaitu Hydroshoppe Sdn. Bhd.

Menurut pendedahan tersebut, konsesi Menara KL dengan TM telah tamat sebelum Pilihan Raya ke-15 lalu dan perlu dipulangkan semua kepada kerajaan, namun tawaran telah dibuka kepada beberapa pihak lain bagi menguruskan menara tersebut.

Katanya, aset milik kerajaan itu sepatutnya perlu dipulangkan kepada kerajaan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di bawah Annuar ketika itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI