fbpx

Kelakar bagi orang lain, saya tidak – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK marah, Nabila bagaimanapun kecewa dengan tindakan Atu yang menggunakan kelemahan dirinya sebagai bahan jenaka.

 

PETALING JAYA – Tersinggung dengan gurauan dilabel tidak mampu menyanyi secara langsung, penyanyi Nabila Razali berharap pelawak tanah air berhenti menggunakan kelemahan individu lain sebagai bahan jenaka.

Nabila, 31, juga berasakan tindakan menjadikan kelemahan nyanyiannya oleh pelawak Atu Zero dalam program The Masked Singer musim ketiga (TMSM3) baru-baru ini bukan satu hal yang kelakar baginya tetapi mengecewakan.

Katanya perbuatan tersebut tidak ubah seperti ejekan saiz tubuh badan orang atau ‘body shamming’.

“Mungkin punchline (jenaka) sebegini kelakar bagi sesetengah orang tetapi bagi saya tidak.

“Saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri setiap tahun. Hanya peminat sejati sahaja tahu kemajuan yang saya lakukan,” kata pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali itu.

TANGKAP layar luahan hati Nabila mengenai gurauan Atu dalam TMSM2 baru-baru ini.

Pelantun lagu Pematah Hati itu turut menasihatkan golongan selebriti khususnya pelawak tidak menjadikan kelemahan orang lain sebagai bahan untuk menghiburkan penonton.

“Kepada semua pelawak di luar sana, sila cari bahan yang lebih baik untuk membuat orang ketawa. Saya tidak nampak ini berbeza dengan ‘body shaming’.

“Atau mungkin benar-benar perlu merendahkan seseorang supaya anda menonjol.

“Saya tidak marah dia langsung cuma kecewa sikit,” katanya menerusi InstaStory.

Sejak beberapa hari lalu, tular klip video yang memaparkan Atu yang merupakan seorang daripada juri TMSM2 menyatakan pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu tidak boleh menyanyi dalam program siaran langsung.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ketika ingin meneka identiti peserta yang memakai kostum bulu tangkis.

Nabila sebelum ini kerap menerima kecaman ramai selepas suaranya ‘terkucil’ dalam beberapa persembahan secara langsung seperti Anugerah Juara Lagu ke-35 dan MeleTOP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI