fbpx

Polis kesan pemandu pacuan empat roda pandu berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang memandu bahaya dengan memotong di garisan berkembar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur di Bentong semalam.

BENTONG – Polis sedang giat mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang tular memandu dengan bahaya apabila memotong di garisan berkembar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan awal telah dilakukan dan polis akan memanggil pemandu terbabit untuk memberi keterangan.

“Semakan awal mendapati kenderaan tersebut memiliki empat kesalahan trafik lampau antaranya memandu laju.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,” katanya di sini hari ini.

Semalam tular dalam media sosial rakaman video memaparkan sebuah pacuan empat roda memotong di kawasan garisan berkembar hingga hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Rakaman video berdurasi 31 saat itu manyaksikan mangsa yang pemandu kenderaan bersama isteri dan anaknya berada dalam keadaan cemas apabila terpaksa meluru ke tengah jalan bagi mengelakkan daripada bertembung.

Dalam pada itu Zaiham meminta kerjasama mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya itu untuk tampil memberi maklumat.

“Pihak polis juga menasihati pemandu tersebut supaya hadir ke pejabat bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI