fbpx

Polis, imigresen siasat pasangan Russia ceroboh Menara Merdeka 118

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pasangan Russia menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118 baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pihak polis akan meminta bantuan Jabatan Imigresen (JIM) bagi mengesan kemasukan perjalanan keluar masuk negara pasangan Russia ceroboh Menara Merdeka 118.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

“Kita masih dalam siasatan, jadi kita akan mendapatkan dari pihak Imigresen sama ada terdapat perjalanan masuk atau keluar,” katanya kepada pemberita selepas Op Ambang Tahun Baru di sini pagi tadi.

Katanya juga pihak polis akan mengambil keterangan pengurusan PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad untuk mengesahkan adakah benar berlaku pencerobohan menara berkenaan.

“Kita juga akan bersama pihak pentadbiran Menara Merdeka 118, bagi kita memastikan sama ada apa yang dinyatakan itu benar atau tidak,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan aksi pasangan tular dipercayai warga Russia menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan dikecam orang ramai.

Pasangan yang terkenal dengan aksi memanjat puncak pencakar langit berkenaan menjadi bualan warga tempatan selepas gambar mereka berdua di puncak menara itu dimuat naik melalui sebuah forum dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI