fbpx

Jaket Iriana Jokowi jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi dan Iriana menghadiri majlis perasmian Empangan Beringin Sila pada Khamis lalu. - Twitter

JAKARTA – Penampilan isteri Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sering dilihat mengenakan barangan fesyen berjenama telah mencuri tumpuan ramai orang, lapor laman berita Suara.com.

Iriana Jokowi kembali menjadi tumpuan apabila tampil menggayakan jaket mewah berharga puluhan juta rupiah ketika menemani suaminya ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB) semasa perasmian Empangan Beringin Sila Khamis lalu.

Beliau yang cuba menangkap ikan di tepi empangan dilihat memakai jaket parka berwarna biru laut dengan seluar biru dan tudung putih. Apabila disiasat, jaket itu berasal daripada jenama mewah Perancis, Louis Vuitton.

Berdasarkan laman web Louis Vuitton UK, Jaket dengan nama Broderie Anglaise Monogram Parka itu berharga sekitar 67.4 juta rupiah (RM19,070).

Sementara itu, di laman Louis Vuitton yang lain, jaket yang habis dijual itu berharga sekitar 75.5 juta rupiah (RM21,362).

Louis Vuitton merupakan jenama mewah di dunia yang diasaskan pada tahun 1854. Syarikat itu kini dimiliki oleh Bernard Arnault yang tersenarai sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.

Fesyen Iriana Jokowi didakwa bercanggah dengan saranan Presiden Jokowi yang melarang pegawai Polis Indonesia daripada menonjolkan gaya hidup mewah.

Jokowi malah meminta rakyat Indonesia menyekat penggunaan produk import dari luar negara, namun sebaliknya mencintai dan menggunakan lebih banyak produk tempatan.

“Semua orang perlu ada rasa krisis yang sama. Saya ingatkan mengenai gaya hidup, jangan biarkan ia bermegah-megah di tengah situasi yang sukar kerana wujudnya kecemburuan sosial ekonomi. Saya ingatkan anda untuk berhati-hati,” kata Jokowi kepada polis di seluruh Indonesia pada 14 Oktober lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI