fbpx

Apartment bergegar, mangsa terkulai akibat letupan bungkusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI Hospital Ampang inilah mangsa lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan kesan letupan bungkusan Khamis lalu.

AMPANG – ‘Bunyi letupan itu sangat kuat sehingga bergegar apartmen kami’. Itu reaksi seorang wanita berhubung kejadian letupan yang meragut nyawa seorang tukang masak di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, Khamis lalu.

Wanita dikenali sebagai Sarah, 25, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di ruang tamu dan terkejut apabila mendengar bunyi letupan selain mendapati rumahnya bergegar.

“Saya tinggal di tingkat 13 blok sebelah lokasi kejadian dan letupan itu sangat kuat. Kami ketakutan dan terus ke balkoni untuk melihat apa yang berlaku kerana bunyi itu luar biasa.

“Dari rumah saya, dapat dilihat seorang lelaki terkulai di atas jalan dengan badannya berlumuran darah, nampak sangat parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Cerita Sarah, serentak itu dia melihat orang awam beramai-ramai datang membantu mangsa untuk dibawa ke hospital.

“Ini kejadian pertama di sini dan dalam restoran itu banyak pe­langgan, tidak dapat bayang jika ramai mangsa terlibat,” jelasnya.

Tinjauan Kosmo! Ahad di lokasi kejadian semalam mendapati kenderaan mangsa yang rosak akibat letupan itu
sudah dialihkan dan laluan di lokasi tersebut sudah dibuka untuk orang awam.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan seorang tukang masak maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.55 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 28 tahun itu pada mulanya dilaporkan mahu me­ngalihkan bungkusan selepas dimaklumkan rakannya sebelum bungkusan yang diletakkan di atas bonet kereta jenis Toyota Corolla Altis meletup.

Akibat letupan itu, mangsa cedera parah dan disahkan me­ninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, pada pukul 9.45 malam.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI