fbpx
TEROWONG Menora di Lebuh Raya Utara Selatan dianggap laluan paling berisiko terutamanya kenderaan berat. – Gambar hiasan

WISE boleh atasi kesesakan di Terowong Menora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Penderitaan pengguna setiap kali terpaksa melalui kesesakan sehingga berjam-jam ketika melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan bakal berakhir menerusi pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE).

Lebuh raya dianggarkan sepanjang 60 kilometer (km) itu bakal dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar seterusnya Kuala Kangsar.

Pembinaan lebuh raya ber­kenaan yang dijangka dapat di­mulakan pada 2024 itu sekali gus bakal melegakan pengguna Lembah Klang yang ingin pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan sekiranya berlaku kemalangan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan mengambil maklum kesesakan yang sering berlaku di Terowong Menora khusus­nya apabila terjadi sesuatu ke­malangan.

“Susulan itu, sebagai alternatif, satu cadangan pen­swastaan projek lebuh raya telah diluluskan secara prinsip oleh Kerajaan Persekutuan pada 9 Februari 2022 melalui kaedah Bina-Kendali-Pindah (BOT).

“Cadangan Lebuh Raya WISE adalah sebagai pintasan kepada seksyen Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan kerana seksyen tersebut mempunyai tahap kecerunan tinggi selain tidak sesuai digunakan oleh kenderaan berat.

“Keadaan itu berupaya mendatangkan risiko kemalangan sekiranya berlaku kegagalan pada fungsi brek kenderaan berat tersebut,” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Kosmo! berhubung ke­sengsaraan dihadapi pengguna jalan raya apabila sering terpe­rangkap dalam kesesakan hingga berpuluh kilometer terutamanya ketika berlaku kemalangan atau akibat peningkatan trafik pada musim perayaan.

Selain itu, Terowong Menora sepanjang 800 meter juga dianggap ‘laluan paling berisiko’ dan berbahaya terutamanya bagi bas dan lori apabila banyak kemala­ngan berlaku disebabkan kegagalan sistem kenderaan berat ­berkenaan.

Justeru, melihat kepada kea­daan geografi di kawasan ber­kenaan, Alexander menjelaskan, cadangan reka bentuk Lebuh Raya WISE akan menjadikannya laluan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna.

“Dengan mengambil kira kecerunan tiga peratus (maksimum), WISE akan menjadi laluan alternatif lebih selamat dan selesa kepada pengguna lebuh raya sekali gus dapat meminimumkan risiko kemalangan di seksyen Terowong Menora.

Berita berkaitan: Buang masa ‘sangkut’ di Terowong Menora

Berita berkaitan: Kereta terbakar punca sesak berhampiran Terowong Menora

“Cadangan Lebuh Raya WISE itu juga bakal dilengkapi dengan kawasan rehat yang direka khas untuk parkir kenderaan berat,” jelasnya.

Sebelum ini, sebanyak 32 kemalangan direkodkan berlaku di Terowong Menora sejak tahun lalu sekali gus menterjemahkan keadaan laluan di lebuh raya itu yang dilihat berisiko kepada pengguna termasuk kenderaan berat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN