fbpx

Haily dapat projek terbesar di Meridin East, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haily telah memperoleh dua kontrak pembinaan projek perumahan daripada Mah Sing sejak tahun 2021.

PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily) telah memperoleh kontrak bernilai RM52.30 juta daripada Meridin East Sdn. Bhd. (Meridin East) , anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) untuk membina 283 rumah teres dua tingkat di Iskandar Malaysia, Johor.

 Projek tersebut adalah kontrak ketiga daripada Mah Sing dan juga merupakan kontrak terbesar Kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.

 Surat anugerah yang di terima daripada Meridin kepada anak syarikat Kumpulan Haily iaitu Haily Construction Sdn. Bhd. adalah untuk membina 283 unit rumah teres di Parcel 1C di Meridin East. 

Meridin East adalah perbandaran bersepadu terbesar Mah Sing di Gerbang Timur Iskandar Malaysia.

Bagi keseluruhan projek, Haily bertanggungjawab, antara lain, untuk pembangunan, mekanikal dan elektrikal, infrastruktur dan kerja-kerja landskap.

Kontrak itu melibatkan dua fasa pembinaan yang mana di bawah fasa satu,  Haily akan membina sejumlah 128 unit rumah teres dua tingkat (termasuk dua rumah contoh) dengan nilai kontrak sebanyak RM23.82 juta.

Bagi fasa dua pula,  Kumpulan akan membina sejumlah 155 unit rumah teres dua tingkat dengan nilai kontrak RM28.48 juta.

Kedua-dua fasa itu akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan dari tarikh permulaan masing- masing yang mana fasa satu dijangka bermula pada 31 Mac 2023 manakala fasa dua dijangka bermula tidak lewat daripada 30 September 2023.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, kontrak baharu ini, selain daripada dua kontrak sebelum ini, menandakan keyakinan pemaju terkenal seperti Mah Sing terhadap rekod prestasi dan kualiti kerja Kumpulan.

“Kami akan melangkah ke tahun 2023 dengan landasan yang lebih kukuh. Kontrak terbaharu ini adalah projek terbesar kami dan ia dijangka  menyumbang dengan positif kepada pendapatan kami dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tin Hai menerangkan, melalui pemerolehan projek terbaharu itu, buku pesanan Kumpulan pada masa ini yang membabitkan sebanyak 24 projek yang sedang berjalan adalah sebanyak  RM593.31 juta.

Projek-projek berkenaan dijangka siap secara berperingkat antara 2023 dan 2024.

Pada bulan Oktober tahun 2021, Haily telah memperoleh kontrak pertama daripada Mah Sing bernilai RM24.5 juta dengan melibatkan pembinaan 155 rumah teres dua tingkat di Parcel 2H1 perbandaran Meridin East. 

Pada September 2022, Haily memenangi kontrak kedua bernilai RM17.5 juta untuk membina 108 kediaman bertanah di Parcel 2H3 perbandaran Meridin East. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI