fbpx

Pasangan kekasih ‘kantoi’ edar 46kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Iqbal menunjukkan dadah yang dirampas polis di IPD Shah Alam, hari ini. FOTO: Saddam Yusof

SHAH ALAM – Pasangan kekasih yang aktif mengedar ganja berskala besar sejak empat tahun lalu akhirnya tersungkur apabila dicekup polis di kawasan parkir sebuah pasar raya di Setia Alam di sini, minggu lalu.

Lebih malang, dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika sedang berurusniaga menunggu rakan subahat sindiket berkenaan.

Selain rampasan ganja bernilai RM115,342, seorang lelaki berusia 27 tahun disyaki ketua mereka turut diberkas bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, serbuan hasil risikan selama sebulan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Klang Selatan dan Pasukan Polis Marin (PPM) pukul 6 petang, 22 Disember lalu.

Kata beliau, serbuan awal melibatkan penahanan tiga suspek bersama dua beg kanvas berisi ketulan ganja seberat 31 kilogram (kg) di dalam sebuah kenderaan di parkir premis itu.

“Ia kemudian membawa kepada penemuan dadah jenis sama seberat 15kg di sebuah rumah di Taman Aman Perdana, Klang, kira-kira pukul 10 malam.

“Semua ketulan mampat ganja itu turut ditemukan dalam dua beg dan dirampas bagi tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, siasatan awal mendapati sindiket itu memperoleh bekalan dadah dari Pulau Pinang dan mengedarnya di sekitar Lembah Klang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI