fbpx

Song Hye-kyo derma 10,000 buku panduan bahasa Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG HYE-KYO

SIFAT pemurah pelakon Song Hye-kyo sekali terserlah apabila bertindak menderma sebanyak 10,000 buku panduan bahasa Korea kepada Old Korean Legation Museum di Amerika Syarikat (AS).

Hye-kyo yang merupakan professor di Sungshin Women’s University menderma buku panduan bahasa Korea sebanyak 10,000 cetakan untuk pelawat Old Korean Legation Museum Washington.

Panduan tersebut juga diterbitkan dalam bahasa Inggeris yang diletakan di dalam bilik orientasi di tingkat satu muzium tersebut untuk membantu ramai pelawat di sana.

Butiran dalam buku panduan tersebut adalah pengenalan Old Korean Legation Museum, informasi pada bilik pameran setiap tingkat, dan sejarah gerakan kemerdekaan Korea di Amerika semasa era kolonial Jepun.

Sebelum ini, pelakon Encounter itu pernah menderma sebanyak 10,000 buku panduan bahasa Korea kepada Peace Memorial Hall di Jepun yang diwakilkan oleh Professor Seo Kyung-duk dan Kim Gyu-sik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI