fbpx

Saya juga hampir jadi mangsa scammer – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini, kebanyakan mangsa penipuan ‘scammer’ terdiri daripada orang ramai atau individu yang jarang dikenali ramai.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman Twitter, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau hampir menjadi mangsa kepada kumpulan scammer.

Jelas beliau, ada pihak tidak bertanggungjawab itu telah memasukkannya dalam beberapa kumpulan di aplikasi WhatsApp yang dipercayai kumpulan scam.

“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam. Bila saya kata dah alert PDRM (Polis Diraja Malaysia) & SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) saya kena kick (buang dari kumpulan).

“Jika anda mangsa scam, sila segera call 997,” ciapnya semalam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Twitter turut berkongsi kisah sama yang menjadi mangsa kepada kumpulan tersebut.

“YB, saya mangsa scam laporan polis dah buat, pada bank pun dah, masa kena scam saya call 997 dorang cuma nasihat pergi balai polis je. Sekarang duit saya RM2,000 hilang begitu sahaja,”ciap @_mfahan.

“Saya pun ada kena masuk dalam kumpulan macam ni. Tapi bila report mcmc tak ada follow up report,”ciap @warham666.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @spasticserebrum.

“Kalau YB dapat banteras scammer satu Malaysia, YB menteri terbaik sebagai menteri komunikasi digital. Alang alang ada kuasa , cuba sekat nombor telefon scammer atau no akaun haram kambing hitam..kesian rakyat Malaysia ramai dah kena tipu,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI