fbpx

Wawa Zainal ditegur agar lebih sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH anak perempuan Wawa dan Aeril iaitu Hayla selepas disolek ala Wednesday Addams yang menerima pelbagai reaksi netizen.

NETIZEN di Malaysia ini memang sensitif, lebih-lebih lagi kalau melibatkan hal-hal agama.

Maka artis kita perlu jadi bijak supaya tidak dilihat sengaja cari pasal dengan netizen melibatkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti.

Contoh yang Diva nak beri seperti pelakon Wawa Zainal yang berkongsi video anaknya bersolek ala watak Wednesday Addams dalam siri popular Wednesday dengan menggunakan latar muzik lagu Bloody Mary.

Rasanya Wawa sendiri tahu tentang isu lagu itu yang dikatakan tidak sesuai untuk orang beragama Islam kerana ada menyentuh tentang tuhan agama Kristian (Jesus).

Dalam video tersebut, Wawa berkongsi transformasi puteri kesayangannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa sebagai Wednesday sehingga mendapat teguran daripada peminatnya.

Diva pun sependapat dengan netizen apabila memuji wajah Hayla yang disifatkan sangat comel lebih-lebih lagi selepas wajahnya disolek.

Pada masa sama, ramai juga yang menasihati Wawa supaya lebih peka dan sensitif supaya mengkaji dahulu maksud lirik lagu tersebut.

“Cantik memang cantik. Tapi sensitiflah sikit. Kita orang Islam. Sampai lirik lagu pun dah tak kisah asalkan bunyi sedap,” tegur seorang netizen.

“Kenapalah bersepah orang Islam guna lagu ini? Tolonglah faham dahulu liriknya,” kata seorang lagi netizen.

“Senangnya orang Islam sekarang ikut trend sampai tak sedar lagu itu seru tuhan mereka (Kristian),” kata seorang pengguna Instagram.

Mungkin Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel terlepas pandang. Kita bersangka baik sahajalah.

DIVA: Seronok tengok pelakon kacak Alvin Chong kini sedang bercuti di London bersempena Krismas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI