fbpx

Wanita Selatan Thai ditangkap bersama 70 bangkai haiwan eksotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kotak itu mengandungi hmpir 70 bangkai haiwan yang dilindungi. - Polis Siasatan Pusat (CIB)

BANGKOK – Polis menahan seorang wanita di wilayah Songkhla, selatan Thailand kerana menjual bangkai haiwan liar yang dilindungi sebagai bahan untuk ‘hidangan eksotik’, lapor laman berita Thaiger.

Polis merampas hampir 70 bangkai haiwan termasuk biawak, tenggiling, monyet langur, tupai, rusa, tikus dan musang.

Bahagian Sumber Asli dan Jenayah Alam Sekitar pada Khamis lalu dimaklumkan bahawa seorang penumpang membawa haiwan liar yang dilindungi dalam perjalanan kereta api dari daerah Sukirin di wilayah Narathiwat ke daerah Jana di wilayah Songkhla.

Polis menunggu di Stesen Kereta Api Jana dan ternampak seorang wanita yang berwajah mencurigakan. Kankamon, 55, dilihat membawa dua kotak sejuk beku dari kereta api dan menuju ke arah keretanya yang diparkir.

Dia dalam kotak itu, mereka menemui lebih 50 kilogram (kg) haiwan liar yang dilindungi mati termasuk tujuh biawak (10 kg), satu tenggiling (4.5 kg), dua monyet langur (9.5 kg), 54 tupai (10.5 kg), dua ekor kancil (2.5 kilogram) dan dua ekor musang (10.5 kg).

Kankamon mengaku menjual bangkai haiwan itu melalui media sosial kepada orang yang makan ‘hidangan eksotik’.

Dia membeli haiwan liar yang dilindungi itu daripada seorang lelaki bernama Sur dari daerah Sungai Golok di wilayah Narathiwat.

Peniaga bangkai haiwan itu berkata, dia mendapat ‘keuntungan yang cukup baik’. Bergantung kepada spesies, dia akan mendapat keuntungan 120 baht (RM15) hingga 500 baht (RM63) sekilogram.

Biawak ialah haiwan yang dijual paling banyak, katanya kepada polis.

Polis menahan Kankamon kerana disyaki melanggar Akta Pemeliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar (2019) dengan memiliki dan menjual bangkai haiwan yang dilindungi tanpa kebenaran.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga 1 juta baht (RM127,411), atau kedua-duanya sekali.

Polis berkata, mereka kini akan menyiasat pelanggannya dan juga menjejaki Sur yang didakwa menjual haiwan liar yang dilindungi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI