fbpx

Serah kepada Kerajaan Pusat berhubung tender projek tebatan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin dua dari kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman (kanan) bergambar bersama beberapa penghantar makanan di Stadium Shah Alam, hari ini- Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Semua tender projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan dalam Selangor akan diuruskan Kerajaan Pusat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Pusat memutuskan untuk berbuat demikian memandangkan mereka yang mengeluarkan wang peruntukan terbabit.

“Kementerian Kewangan memaklumkan kepada saya bahawa projek tersebut akan dianugerahkan (kepada pihak berkaitan) pada bulan Januari tahun hadapan.

“Namun, pihak tersebut harus melalui proses (yang ditetapkan Kerajaan Pusat),” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RIDE) di tapak karnival Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan jaminan bahawa semua projek tebatan banjir yang dirancang Kerajaan Pusat sebelum ini, termasuk di Selangor akan diteruskan.

Sementara itu, Amirudin berharap projek itu dapat dibuat mengikut perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Kalau ikut perancangan terdahulu, peruntukan projek kepada Selangor bernilai RM4.6 bilion.

“Saya tak pasti sama ada peruntukan kepada Selangor dipotong atau tidak, selepas Perdana Menteri ambil keputusan untuk semak semula projek itu,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa Amirudin akan bertemu dengan pihak Kementerian Kewangan berhubung status projek tebatan banjir yang akan dibina di Selangor.

Beliau berbuat demikian selepas Anwar memutuskan untuk membekukan seketika projek berkenaan, kerana mahu meneliti semula kelulusan yang diberikan dalam projek itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI